Saturday, July 20, 2013

CTH Surat Permohonan Cuti Menjaga Anak ... Gomen!


 

hehehe ... Pantang hari ke 50, best! dapat bawak Ticha g jln2 p opis. hehehe. Sukew sangat dier kn kn kn. Seyum melebar sampai ke telinga gitu ... Sebenarnya Ummi plan nk sambung cuti tanpa gaji slma 2 bulan. Nie on the way p opis tuk buat permohonan ... Ummi g sain jew, surat menyurat tuh, Cik Illa tersayang daaa siapkn ... 

contoh surat nk buat permohonn cuti menyusu or menjaga anak ...


Anis Azuraini bt Azizul Rahman
Bahagian Keselamatan Penerbangan
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia
Aras 1-4, Blok Podium ,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4
62618 W.P. Putrajaya                                                                                  Julai 2013

Melalui:

Pengarah
Bahagian Keselamatan Penerbangan
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia
Aras 1-4, Blok Podium ,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4
62618 W.P. Putrajaya         

Kepada:
Ketua Pengarah Penerbangan Awam
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia
Aras 1-4, Blok Podium ,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4
62618 W.P. Putrajaya         

YBhg. Dato,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN CUTI MENJAGA ANAK MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 15 TAHUN 2007.

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

2.         Untuk makluman Ybhg. Dato, saya telah mengambil cuti bersalin bergaji penuh semasa melahirkan anak saya bagi kali kedua dan memperolehi anak kembar. Cuti bersalin tersebut adalah daripada 15 Mei 2013 sehingga 15 Ogos 2013 (90 hari) yang mana saya telah memohon untuk mengambil cuti bersalin awal 2 minggu sepertimana yang diperuntukan oleh pekeliling Tahun 2009 bil. 5.

3.         Lanjutan daripada perkara tersebut, saya ingin memohon kelulusan Ybhg. Dato’ untuk mengambil cuti menjaga anak selama 73 hari iaitu dari 16 Ogos 2013 sehingga 31 Oktober 2013 pula mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2007. Permohonan ini saya ambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya perhatian saya kepada anak kembar saya dimana saya melakukan penyusuan susu ibu secara ekslusif kepada anak kembar saya. Selain daripada itu, saya juga sedang mengusahakan untuk mencari tempat jagaan anak saya yang sesuai ekoran Taska yang sedia ada belum memberikan keputusan sama ada saya dapat menghantar anak saya di Taska tersebut atau tidak.

4.         Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan sijil perakuan bersalin untuk tindakan. Saya amat berharap YBhg. Dato’ dapat meluluskan permohonan saya ini. Perhatian dan pertimbangan YBhg. Dato amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
(ANIS AZURAINI BT AZIZUL RAHMAN)




Berbeliong-liong Thanks kat Cik Nurfadillah nie tulong Ummi buat surat nie n printkan skali ... Nampak gayanya, kiter pasti jumpa nanti pada 1 November 2013 ... Jaga Opis n Semua Pegawai AVSEC tuh bebaik .. hahahaha.

Akhir kata,

BEST NYER BERCUTI!



Berikut adalah Fungsi produk-produk Set Bersalin Shaklee Asas ;
B complex dengan Asid Folik
  • Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
  • Dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
  • Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..
  • Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi.
Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi
  • Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
  • Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
  •  Membantu ibu bertenaga dan cerdas semasa dalam tempoh berpantang
Vitamin C
  •  Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  
  • Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
  • Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.
  • Memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan, termasuk kelenjar susu.
Zink
  • Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. 
  • Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan.  Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
  • Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. 
  • Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...